Saturday, November 27, 2010

Pagi yang tenang


Hari ini aku bangun pagi.

Hari ini aku mula membaca.

Hari ini aku mula memahami.

Semoga aku dapat kebaikan dari segala yg aku serapkan.

InsyaAllah.

Semoga mendapat Dengan izin Allah.




- Tukang gambar berirama -
Sent by itelepong

Rasa cool

Itu aku rase mase nak pg kuar td.

Teringat perbualan dgn kak norrul kat opis tadi.

Aku- "adoi..nak buat ape blik ni..konpem ousmate sy kuar ngan kekasih dia." ckp aku sambil lipat telekung

K.norul- "kuarla jgk..ko ni.." ckp kak nurul sambil buka telekung.aku solat laju plak kali ni dari dia

Aku- "tu yg malas tu..tak tahu nak pg mane.." masih terduduk atas sejadah.

K.N- "gi la mkn ngan kawan ko ke..kekasih ke.."

Aku- "nak tgk wayang la! Ha..tgk wayang la" tibe xsited bgun dr duduk td.

K.N- "eceh,ngan boypren la tu."sambil buat muka gedik tapi garang sambil pakai2 tudung dia

Aku- "taklah kak.sorang2 le.." sambil berdiri tegak.

K.N- "ek eleh..ko ni..ape da.."
Dia terus blah,tgalkan aku sorang2.

Aku- "ape salah ke?"

Begini la lumrah takde kekasih..

Semua buat sorang2,makan,soping,beli tako tao,lepak starbuck,tgk movie pun sorang2.tapi
Aku redha.

Cool jgk ape..tgk movie sensorang ni.

Ape aku rase eh.tadi bile tgk movie sensorang.

Macam artis yaw!!
Eceh! mcm diri artis plak,sbb aku Masuk da la lambat tadi kan.pastu konon2 pakai topi tutup muka,eceh,pastu orng tgk2 je aku kan,mcm cool la konon..
(padahal ntah2 sorang pun tak tgk aku.siap nyampah aku gemok,halang pemandangan mereka tgk screen)
Takpe.positif zarith.

Jimat
Sebab kalau ko tgk sorang,ko nak tgk cite paling awal dan paling cepat la abis.sebab..ntah! Sbb sorang2 kot. mcm td,sampai2 je.aku terus gi kaunter tiket.siap mencelah2,potong q orng( eh!tak,takde orng pun sgt tdi) ak tnye akk kaunter.
ape citetgh main skrng kak?
Ngangkung.jwb aku tu ngan muka comel mcm makcik kantin sek rendah aku dulu.
Da lame start?
Baru 5 minit.tadi10 minit dia iklan.nak ke?
Okey,takpe bg saya satu.
Satu? Akak tu buat muka pelik tapi cover cun gigi dia.(sbb gigi dia mancung sikit.=| )
Huuh.satu untuk saorang.jawab aku.
O..yeke..okey..jawab akk tu sambil senyum kambing.

"nape,aku sorang je ke dalam daerah cheras ni yg pg tgk wayang sorang2..?"

Emm..ar! Peduli.lantak le punn..

Terus menuju aku ke kaunter popcorn.(aku mmg tak lengkap,tgk wyg takde pop corn)tak feel!

Da beli,chicken new york 1,popcorn set combo 1,so aku, dgn gaya ala2 penguin kejar anak.lari masuk panggung dgn segera.

Masuk2 da start..orng gelak2.aku dok barisan paling depan belah kiri.ok jew!

Orng kate dok depan tak best.sebb kena dongak.

Aku okey je.siap rase mcm tv kat umah yg big screen lg tau.

*dari hasil kajian aku selama 2 tahun 4 stgh mgu.aku dpati.untuk filem yg baru2 kuar ni.dia akan main kat panggung besar tau.so kalau misal..nak tgk jgk movie yg tgh pecah pungggung,tapi seat yg tgal depan je.
Amik je.duduk je.tak dela teruk sgt dongak tu.paling teruk pun.lenguh leher 3 hari je.
Eh!takdela.tipu.tak..kalau nak tgk tp seat depan.kalau ade seat tepi,kiri atau kanan lagi better.tgh tu cam gabak sgt nti tgk orng kat screen tu.
Kalau cite klakar takpe.tapi kalau cite seram mcm 2 alam tu.mau muntah hijau 4 hari 4 malam.
Eh chop!( 2 alam cite seram ke?ntah tak tahu)

Hoho..so..ni antara bukti2 kes td ok.




Ni temsquare waktu takde orng ok.kan nak hari natal.so byk la seleji.



Ni la contoh seleji nye.nak tgk live.pi la temsquare.best!




Antara scene yg sempat dicuri rakam oleh situkanggambar.

Hoho..ni la tiketnya..



Seat lain.dok tmpat lain.

Takpela,tak kisahla.da balik tgk
Pun.puas hati kan zaritj skrng?puas tak.?

Emmm..bolehla..tapi lagi puas kalau ade yg meneman. Takpela.redha.^_^

Okey.sebelum nak melabuhkan
Mata.nak bc sikit untuk santapan rohani dari telaga biru.sambil diteman lagu.afgan-kepada Mu aku persembah.




Selamat malam bulan .^_^


Mimpi,manis2.

-tukanggambar berirama-
Sent by itelepong.

Friday, November 26, 2010

Letto - Sampai Nanti Sampai Mati


lagu tema drive kereta pergi kerja untuk minggu ini. ^_^

positif zarith!!

Kepala kotak aku

Malam ni,
Kepala masih berat,
Sakit sebelah,kanan makin terasa
Ah!! Abaikan,jgn manja sgt zarith...

Luang masa bersamanya sentar tadi.
Pandangan,yg berbeza.aku dpt rasekan.tiada kemesraan disitu.
Tertanya,apa yg disimpan rasa nya lg utk aku,besar mana syg nya,risaunya,rindunya,sikit.

Sikit yg menyakitkan.jawapannya senang bgnya.
"times fly,people change"

Rasa tak bersyukur kalau persoalan ini yg aku slalu ungkapkan.

"kenapa manusia,kenapa orng lain mudah untuk melupakan,menghindarkan,
Kenapa orng lain senang nak berubah,dan melupakan,"

Apa yg buat mereka mudah dan terlalu kuat utk berubah.

Mgkin kerna ade kekuatan baru,yg lama.membosankan.

Biasalah zarith.resam kehidupan.

Cukup zarith.terima,telan,hadapi dgn redha.

"jangan ada benci"

Sekali lagi.

Aku bicara dlm diri sendiri

Selamat malam bulan ku.




- Tukang gambar berirama -
Sent by itelepong

Thursday, November 25, 2010

Tiada tajuk.

Ape maksud kalau hidung berdarah pastu time tu sejuk.dan semua sejuk sbb hujan dan aircond ade.dlm kata pendek.badan tgh sewjukk giler.
Pastu tibe2 hidung berdarah mcm air je kuar kat hidung.


Agak tak senonoh ok.ni pun kira sopan sbb da lap.ingt hingus.rupenye..eerr..



Siap terlap kat baju.emercency tisu abis.padan muka aku.=\

* ape kejadah nye aku tibe2 update blog tunjuk lobang hidung.tunjuk darah.ko knp zarith?da buang tebiat?
Ntah.aku rase mcm ade virus sedang menular dlm tubuhku yg gempal lagi denbom ini.arghh..mainan jiwa je tu.

Ok2..lurus kepada titik.

Sbnrye dari pagi tadi lagi aku nak hapdate blog aku yg bersawang da ni.bukan pagintadi sbnrye.dari hari2,mgu2,bulan2 yg lepas lg.ha tapi tular.ha ni la kelemahan diri aku yg aku susah nak kikis."ko suka tangguh2 tau zarith,konon nak buat,pastu hang,stuck,pastu lemau.bile lemau da tak sedap la nak makan kan,ha.pastu bersawang,bile bsawang baru la nak sapu.cube kalau ko sapu selalu,takdela ade sawang,senang la kau nak jalan,udara segar,pandangan pun luas," da..ni knp ckp pasal sawang2 plak ni.( sbnrye tgh marah diri sendiri)

Okey straight,seteret( betul ke eja tu) to the point.

Aku terpanggil utk menulis ni sbb aku terbaca satu blog seorang kawan,kepada kawan
Aku punye kawan.ha..kira mcm jiran ko,punye sedara,sedara lagi dengan sedara dia,hah! Peningla tu.hehe.memang saje bg pening.

Mase aku bc blog tu.eishh!! Lain la.ntah.susah nak ckpla.tapi tular.mcm aku ckp kat sipenulis tersebut.mcm ade rs.lain.tapi tahu nak ckp mcmn.mcm ade rs yg same.

Takyah ckp banyak la kan.bace jelar yg ni.80% darinya...itu..

apa yg aku rasa.
http://www.bloglovin.com/m/1974522/146079406/fb/0/aHR0cCUzQSUyRiUyRmRlc3lwcm9wZXJ0eS5ibG9nc3BvdC5jb20lMkYyMDEwJTJGMTElMkZrZXRpa2EtaGlsYW5nLmh0bWw=



Ini dia blog beliau.

Okey.dan ini.apa yg aku maksudkan..hayati,fahami,renungi baris2 ayatnya.mendaalllam!

Saturday, November 20, 2010
Ketika hilang.
Keyboard laptop berbunyi lagi kerana hati ingin di dengarkan.

Khas untuk teman yang merasa berat dan sakit apabila ingin melepaskan
seseorang yang disayangi.Perasaan kehilangan.

Khas untuk kesayangan hati yang ketika ini sibuk untuk menjaga hati yang lain.
kerana merasakan banyak hati. lantas jadi masalah.
serba salah dan dalam keadaan yang paling tidak selesa.

khas untuk diri sendiri yang sentiasa mencari dan mendambakan.

...........................................
Pertama,
ialah perasaan kehilangan.
kehilangan seseorang yang pernah kita cintai sepenuhnya dahulu.
Dan kini,
seseorang itu telah pergi. jauh. dengan pengganti yang lain.
ok. cerita ini cerita klise. hari-hari mungkin kita dengar.
"Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tapi tidak berbalas"
pelik perasaan itu kan? BENCI tapi.. rindu.
Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit dan semuanya mencengkam.
"sudahlah,let go. " Pandai kan kita menipu? hello? kita mau tipu siapa?
Orang yang paling menyakitkan hati kita ialah orang yang pernah kita cintai.
Pernahkah kita dengar pesan hukuma?
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu
pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.'

Temanku,
ketahuilah seseorang yang pernah gagal dalam percintaannya.
kemungkinan akan melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Pelangi tidak pernah wujud di atas kepala sendiri, selamanya di atas kepala orang lain.
get it?
Harga diri orang yang putus cinta ialah yang paling rendah sekali.
Kenapa aku yang kena? Ya allah cabutlah nyawa aku. Sanggup mati.
Kalau lah masih ada. kalaulah dapat under masa.. Punyalah menyesal.
jiwa kacau. kelodak jiwa!

Sayang,
Kamu gagal ini buktinya tiada cinta yang sejati di dunia ini.
Yang ada cuma cinta yang diasaskan oleh Allah.
Terpilih untuk putus cinta dengan manusia "terpaksa"
bercinta dengan Allah.
Mungkin itulah rahmat Tuhan,kekadang dia memutuskan untuk menyambungkan.
Semua yang berlaku dengan izinNYA.

"Rugi,buang masa mengenang kekasih lama dulu.'
'Allah ganti yang lebih baik'
'Tak sangka kami akan serasi begini'
Kita akan berkata begini bila ada pengganti yang lebih baik.
Bila betul-betul jumpa jodoh kita.
Pada waktu 'terkena' dulu,semuanya sakit,benci,kacau. Tapi bila semuanya sudah
berlalu, barulah terasa selamat,syukur dan beruntung!

pengajaran
Ahmad sentiasa 'pokai" dalam pertengahan bulan dan selalu merungut duitnya tidak pernah cukup.
Ali sudah 7 kali jatuh motor dan sentiasa mengatakan nasibnya sangat malang.
Fatimah sudah 6 kali putus cinta dan mengeluh tiada seorang pun yang memahami hatinya.

tapi berbeza dengan minah dengan baru pertama kali berjumpa dengan kekasihnya dan bertunang dan berkahwin.
Osman yang cuma jatuh motor sekali dalam hidupnya dan kini selesa manaiki perodua barunya.

Apa yang menyebabkan nasib mereka berbeza,people??

Kenapa ahmad begitu?Mungkin dia akan terus begitu walaupun berjawatan tinggi dan bergaji tinggi kerana tidak menyimpan separuh gajinya.
fatimah mungkin tidak pernah cermin diri dan cari kelemahan sendiri tapi mahukan kekasih yang sempurna dan anggap SEMUA lelaki tidak setia.

Tahu apa yang membezakan nasib kita??
Ada antara kita yang lambat atau cepat belajar. Yang belajar akan "naik" kelas cepat dan layak
mendapat "pengajaran" baru. wee.
tapi yang lambat akan ulang. ulang. ulang dan ULANG kesilapan. upss. bukan "pelajaran" yang sama.

teman,
kita tanyakan hati kita sekejap.
renungkan. kita memang tidak dapat mengarahkan dan teriak pada angin, tapi kita boleh mengubah layar kapal,bukan?? kerana kita ialah nahkodanya,sayang.
memang ada di dunia ni yang kita tidak MAMPU ubah.
tapi kalau ada batu besar di hadapan,sayang.
kita ada pilihan untuk layarkan kapal ke arah lain,bukan?
tapi kalau asyik kita nak undurkan kapal dan berhenti sekejap katanya???
Bila nak sampai,sayang?

begitu juga dengan kesetiaan kekasih hati.
kita mencintai tetapi tidak boleh mengatur setiap langkah &perbuatan.
kita tidak dapat kontrol "kesetiaan" orang lain. no way.
semuanya kerelaan sendiri.



kalau cinta,apa tandanya?
2 Tanda mencintai Allah.

Kalau cinta bertemu,rindu untuk bertemu.
Bagaimana dengan sikap kita dengan janji temu(solat) dengan Allah?
Apakah kita datang awal seperti yang dijanjikan atau lewat atau jarang-jarang?
Adakah seorang kekasih akan datang untuk "dating" dengan kusut masai,serabut?
Maka begitulah ukuran cinta kepada Allah.

Kalau cinta,suka apabila disuruh.
Seorang kekasih akan sentiasa suka "disuruh" oleh kekasihnya.
kesusahan walau sedikit pun tidak akan dikira.Apa saja. Lautan api kiranya.
segera dilaksanakan.
Begitulah kalau kita cinta kepada Allah. sami'na wa ato 'na
kami dengar,kami taat.
Malas,letih,miskin,sakit,susah.
tiada. tiada penghalang kalau mahu.
Contoh solat subuh. Ya.kalau memang solat subuh.Adakah kita senyum dan ceria ketika bangun? atau kita dengan langkah malas,lesu dan terpaksa?
Jika ada rasa terpaksa, itu petanda belum cinta.
ada beza kalau "saya kena solat" dan " saya perlu solat"
Seorang lagi suka dan seorang lagi tidak.
tapi sama. dua-dua solat.
itu bukti cinta.

Cukup dua tanda itu. mengukur cinta kita. cukup dulu dua.
begini.

ketika kita tengah sehat, kita dihidangkan dengan makanan lazat.
kita menikmat dengan enak sekali.
Tapi bila kita tengah sakit, Demam.
Makanan yang sama. makanan yang lazat dihidang.
tapi,kita merasa pahit. Mulut kita menolaknya.

Begitulah kalau hati kita tidak mahu.
Bukan cinta Allah itu tidak agung,tidak hebat dan tidak indah.
tetapi hati kita.
hati kita yang sakit.

hati sakit.
Ramai antara kita. saya juga. punya hati sakit ini. Sakit ini akan mebuat kita menderita di dunia dan akhirat. teruk kan? dua-dua tidak dapat?

Ceritanya begini.
oh kejap. pening membaca? boleh quit atau close tab. =)

Kita ibaratkan seorang anak yang baru lahir diserahkan kepada ibu angkat.
dan dibesarkan.bertahun-tahun dibesarkan dengan kasih sayang.
kemudian tidak lama,anak itu tahu dia ialah anak angkat.Lalu anak itu mencari
ibu kandungnya. Ibu yang mengandungkan dan melahirkannya.

sekarang persoalannya? anak itu lebih kasih kepada siapa?
ibu kandung atau ibu angkatnya?
tentulah ibu angkat yang memeliharanya bertahun-tahun. Kerana sudah kenal dan kasih.
Lojik atau tidak jika ibu kandung perlu dicintai sepenuh hati berbanding ibu angkatnya????

tetapi dari segi perasaan anak tidak begitu.
sayang bukan paksaan. sayang bukan pemikiran.
Ini soal rasa. Kenapa sayang dan kasih itu tidak pernah bertandang walaupun sepatutnya merasa begitu??

Maka begitu lah halnya dengan hati kita. yang sakit itu.
Sejak di alam roh lagi, kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah tuhan kita.
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?Maka9roh manusia) menjawab,ya kami naik saksi,"(Al A'raf 7;172)

'Awaluddin makrifatullah'
awal agama mengenal Allah.
kita dilahirkan. dan dipisahkan dengan cinta sejati.
lalu bertemu cinta angkat.
Bertahun-tahun.
lalu kita yakin,itulah 'cinta angkat', cinta yang kita rasa sejati.

"Adakah ia(manusia) mengira bahawa tak ada yang melihatnya?tidakkah kami baginya dua biji mata?Dan lidah dan juga bibir.Dan kami tunjukkan kepadanya DUA jalan(Jalan yang baik dan jalan yang buruk).(Al balad:5-10)

Jika ada manusia yang sanggup meninggalka ibubapanya kerana kekasihnya.
Jika ada orang yang sanggup menukar agamanya kerana cintanya.
Maka tidak aneh masyarakat dahulu sanggup tinggalkan ibubapa,nenek moyang,harta dan nyawa mereka sendiri kerana cinta kepada Allah.

Dan.
dan.
dan.
Semuanya.
berhati-hati lah ketika memberi hati kita.
ia TERLALU berharga untuk diberikan kepada seseorang yang sewenang-wenangnya.
oleh kerana ia terlalu berharga, berikan lah kepada yang TINGGI darjatnya.
Siapa antara kita yang paling tinggi darjatnya, tuan-tuan puan-puan dan kawan-kawan??
hanya DIA. yang layak.

.....................................................................................
(Pahrol mohd juoi,2006) tentang cinta.


Kepada kesayangan,
memberi hati dengan menjaga hati.
keduanya berbeza.
kita fikir balik. Kita jaga hati orang lain untuk apa?
Kalau sayang dan kasih, tiada istilah menjaga hati.
tidak wujud diabaikan dan dilebihkan.
Ditanya samaada jalan keluar?
mungkin kerana ilmu kita tidak cukup.
saya juga. tidak cukup sama sekali.
kalau saya,memandangnya begini.

Kita memberi.memberi sebanyak mungkin.
Bukan kita kira hari ini berapa kita bagi,kemudian tanya. CUKUP?
mahu tanya, kita kah manusia yang CUKUP berpuas hati?
kemudian, hari seterusnya kita Bagi,dan lebihkan.Takut kurang.
Takut. Jaga. Jangan bagi yang lain sedih.Marah.

Sekarang, saya mahu marah.
Kerana, hati kamu di mana ketika sibuk menjaga hati orang lain??
kamu rasa kosong? setengah berisi atau setengah kosong?
kalau kamu rasa penuh, kamu akan senyum sentisa tiada beban kerana bangga memberi.

tidak perlu korbankan hati sendiri untuk menjaga hati orang lain.
macamna orang lain mahu belajar cepat?
kalau kita asyik suap?

Ada suatu di dunia ini yang kita tidak mampu buat.
Jadi,kalau mencuba itu dan sentiasa mencuba walaupun tahu tiada jalan keluar.
kita tetap di situ.
biarlah siapa pun datang. siapa pun pergi.
datang balik.pergi balik.

Saya tidak kisah kalau tidak dijaga hati ini.
yang saya tahu wujud di dunia ini ialah kasih sayang.
yang saya tahu kasih sayang itu tiada komproni.
langsung TIADA.
yang saya tahu kita cuma ada hari ini.
semalam hanya semalam.
esok belum tentu.
yang saya tahu.
peluang tidak datang selalu.
Kalau saya minta, saya bagi tahu hanya sekali.
dan bila tahu tidak akan dapat.
Saya belajar kalau itu rezeki saya.
lari ke hujung dunia pun. itu tetap rezeki.
kalau sudah sayang, kuantiti jadi ukuran.
sebab kita ada STOK cerita semalam.
Jadi bila mana kita kurang puas hati,kita bongkar cerita semalam.
cuma beza saya dengan yang lain kuantiti STOK cerita semalam tidak sama.

Jadinya,
siapa saya untuk minta lebih.
tidak pernah minta lebih.
sedikit. hanya sedikit.
tidak menjadi pengikat kamu.
kalau jadi teman untuk bagi inspirasi pun tidak mengapa.
jadi teman kamu untuk apa saja.
kamu namakan apa saja.

Kerana masa itu laju,
kita kata kita perlukan masa.
masa menipu. masa cemburu.

Hati tetap sayang.
Bila kita tahu yang mana lebih utama.
kita tahu hati kita di mana.
Dan saya tidak layak.
Siapa pun tidak layak.
saya boleh tersenyum kerana bukan saya lebih baik.
Yang lebih baik itu tidak dapat menandingi apa-apa.
termasuk yang kamu tengah jaga sekarang.
dan apa yang saya sayang sekarang.

Sentiasa dan masih pegang kata positif.
masih memlih untuk senyum.
mudah-mudahan.
Budak masih belajar dan sentiasa cuba. terus cuba yang terbaik.















Posted by dEsy Property at 5:49 PM
2 comments:
catalyst said...
suka entri yg ini....perbandingan yg diguna utk cinta sgt effective ye!
November 21, 2010 11:15 PM
dEsy Property said...
terima kasih! tak pening ke baca entri paling panjang i taip. haha. =) jadi perkongsian bersama.
November 22, 2010 4:49 AM

Mak ai, siap tercopy coment sekali.ehehe. ^_^

Hemm..okey.masuk ini da 4 kali aku bc entry ni.

Jadi..so..lenkali..sambung lagi.nak tido.penim pale hidung darah ni tak hilang lagi.

Selamat Malam Sayang..