Tuesday, April 26, 2011

Sejarah Awal Fotografi

Assalammualaikum

Kalau di kira, apalah sangat pentingnya tentang sejarah fotografi pada zaman serba canggih ini.Tapi bg pendapat peribadi saya, saya perlu tahu untuk masa akan datang.

Seperti di bangku sekolah dulu lagi,salah satu tujuan utama kita mempelajari subjek Sejarah adalah satu sebab supaya kita "dapat teladan (pengajaran) dari sejarah lama". Supaya kita yang pada amsa kini dapat memperbaiki kesilapan dan memperbaharui apa yang patut.

Okey, cukuplah pendahaluan tersebut.Mari kita kongsi bersama tentang sejarah awal fotografi ini.

Sama-sama kita kongi . ^_^

SEJARAH AWAL FOTOGRAFI

Perkataan Fotografi berasal daripada perkataan Greek, iaitu photos (cahaya) graphein (melukis)


Istilah ini telah diperkenalan oleh Sir John Herschel (1839) untuk menggantikan istilah HOLOGRAFI oleh Joseph Nicephore Niepce. Niepce amat cenderung dalam bidang LITOGRAFI.


Beliau tinggal di Chalon-Sur-Saone, iaitu kira-kira 305 kilometer ke arah tenggara Paris. Niepce bersama2 rakannya atau " bestfriend" beliau ketika iaitu Louis- Jacques-Mnade Daguerre iaitu seorang pelukis Perancis yang romantis yang mana sebelum itu beliau yang mencipta kamera OBSKURA di perancis dari tahun 1820-30.



Yang mana dia dengan handsomenye meletakkan proses kamera OBSKURA itu Proses Daguerreotype .Sempena dengan nama beliau. (maaf, jika ada perkataan2 yang agak pasar, saya lebih suka menulis seperti saya bercakap)


Proses ini menggunakan beberapa jenis bahan kimia yang memakan masa yang lama untuk memperolehi hasilnya. (tak silap saya, siap kena simpan dlm almari gelap).


Proses ini dilakukan dengan mendedahkan kepingan tembaga yang disaluti dengan perak. (bayangkan betapa kos agaknya kan)


Jenis dagurreo berjaya dihasilkan pada 7 Januari 1839. Cara ini amat popular kerana dapat menggantikan lukisan-lukisan potert yang sememangnya amat popular pada masa tu. (kalau mcm skrng mgkin HDR la kot..yeke? )


Pada tahun yang sama juga, iaitu pada 31 Jnauari 1839, seorang inggeris Willian Henry Fox Talbot berjaya mencipta hasil yang menjadi asas dalam bidang fotografi..iaitu proses negatif dan positif yang juga dinamakan proses CALOTYPE.


Sehinggalah pada tahun 1851, Fredrick Scott Archer memperbaiki kaedah ini dengan mencipta COLLODIAN untuk disapu ke atas kaca dan disalutkan dengan bahan yang senstif kepada cahaya.Ciptaan beliau ini lah yang menjadikan fotografi semakin mudah dan popular debomm!!


10 tahun kemudaian..seoarng mat salleh bernama James Clerk Maxwell memperkenalkan asas fotografi di Royal Instituition, LONDON.


Sehinggalah pada tahun 1888 apabila George Eastman dari Amerika memperkenalkan kamera tangan pertama KODAK.


Selepas itu..bidang fotografi pun menjadi semakin popular dan kian pesat berkembang..

ini la dia Sir John Herschel yang beri nama Fotografi (macam ala2 albert einstein kan)

beliau yang berleher jinjang ini pula bernama Joseph Nicephore Niepce , dia ni la bestfriend Louis- Jacques-Mnade Daguerre yang duduk dekat area tenggara Paris.
tu dia posing bukan main..ha inila dia Louis- Jacques-Mnade Daguerre yang mencipta kamera obskura..

ini la mcmn kamera obskura berfungsi, nanti pelukis akan duduk dlm khemah yg mcm 3 segi tu.lakar (tracing) balik gmbr dari pantulan cahaya.nak tahu lebih detail, ce klik disiniOBSKURA ^_^

uncle yang mcm budget garang ni nama dia Willian Henry Fox Talbot dia la yg perkenalkan proses CALOTYPE atau lebih di kenali proses negatif-positif. cayalah uncle!!

ini pula, adalah Fredrick Scott Archer yg cipta proses collodian .
James Clerk Maxwell ni la yg banyak buat kelas fotografi, kalau skrng mcm "workshop2 foto la"

ha..yg ni George Eastman tauke KODAK
tu dia.. kekuda tu penting. uncle George bersama kamera beliau.
ni rupa mcmn dlm Kamera Kodak uncle George .


Kalau nak tgk lagi gambar-gambar mereka ni boleh tanya saja mr Google dan Mr Wikipedia.. ^_^


Kesimpulannya, semakin hari, semakin maju era dalam bidang fotografi ini. dan kalau dilihat kecanggihan camera sekarng memang jauh beza dari yang terdahulu ini.Namun begitu tanpa kajian dan teknologi dari mereka ini, tak mungkin akan terhasil kamera yang serba canggih sekarang ini.



Saya memohon maaf, sekiranya ada yang tak begitu lengkap, isi-isi ini saja dapat pada nota2 ketika masih belajar dan ditambah lagi dengan nota2 yang ada di wikipedia.

Sekira ada yang perlu di perbetulkan. Tunduk dan Tapak tangan saya hulurkan untuk menerimanya.. ^_^


*untuk entry akan datang saya akan cuba ceritakan tentang proses2 yang ada diatas.InsyaAllah ^_^ Terima Kasih

No comments:

Post a Comment